Wednesday, June 12

SHAKE N TAKE

yang sebenarnya  beli shake n take dah lama.dari januari..tapi bulan lepas baru je tergerak hati nak guna..sehingga la hari ni..aku suke blend...macam2 resepi yang aku buat...memnag best..

resepi yang aku buat

1. vanila + kurma
2. vanila +oreo
3. vanila strawbery +nestum+anggur
4. strawbery +oat
5.coklat+oreo
6. strawbery coklat+ epal

banyak lagi la yang aku buat..ikut selera dan yang pasti dalam peti sejukku pasti penuh dengan buah2..

sekarang aku sedang berusaha menghabiskan puasa aku tahun lepas selama sebulan. Lame tak...korang nak tahu tak kenapa.. hehehe...aku bersalin ank ke 3 pada hari first puasa..

apalagi korang..JOM kite SHAKE...

Tuesday, April 16

PELBAGAI RESEPI SHAKE HERBALIFE

TENTU RAMAI YANG BORING NAK MINUM SHAKE HERBALIFE TU KAN..ha..korang..kat sini aku nak sharekan pelbagai resepi shake herbalife.. resepi ni aku ambil dari pelbagai blog...tq untuk korang semua...apalagi jom cube...  

ni resepi aku ambil dari blog ni http://myshapeworkdiet.blogspot.com

Shake Vanila + Pisang+ Oat +Oreo
Shake Coklate + Biskut Marie Coklat+Oat
Shake Tropikal Mix Fruit + Buah Betik + Apple + Oat
Shake Strawberry + Oat + Dragon Fruit
Shake Cuppucino + Milo 1 Scoop + Oat + Biskut Oreo


yang ni pulak dari blog http://iedaherbs.blogspot.com 

Formula 1 Vanila + epal hijau + plain water
Formula 1 Vanila + susu soya drinho (100ml) + plain water
Formula 1 Vanila + epal merah + plain water
Formula 1 Vanila + pisang + susu soya drinho (100ml) + plain water
Formula 1 Vanila + buah pear + susu soya drinho (100ml) + plain water  



yang ini pulak dari http://gooherbalife.wordpress.com

Resipi Oreo
2 scoop Formula 1 (Vanilla)
Orea ( secukupnya)
200-400 ml air
Blend
 
Resepi Shake Tembikai
2 scoop Formula 1 (Franch Vanilla)
1 cawan tembikai
kiub ais (secukupnya)
 
Resepi Shake Banana
2 scoop Formula 1 (Vanilla atau Chocolate)
1 cawan susu
1/2 cawan air
1 bj pisang
1/2 container of low fat Banana/Strawbery Yogurt
Ais
Mix dalam blender
 
Resepi Banana Cream
2 scoop Vanilla Formula 1
6 oz Skim milk
1 banana
1 tsp Vanilla Extract
ice cubes

Banana Supreme
2 scoop Chocolate Formula 1
8 oz non-fat milk
½ sliced frozen banana
ice cubes and Blend it.

Banana Split Shake
2 scoop Chocolate Formula 1
8 oz. skim milk
½ banana
5-6 strawberries
4-6 ice cubes (optional)
Mix with a blender
- blend

Chocolate Strawberry

2 scoop Dutch Chocolate Formula 1 + Strawberry Milk (240ml) + Shake
 
SO HARAP2 LEPAS NI KORANG TAK BORING LA YER..AKU KAN BERUSAHA UNTUK KUMPULKA LAGI SHAKE HERBALIFE UNTUK RUJUKAN BERSAMA..


 

Tuesday, February 5

PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA

hari ni  kecoh 1 opis dok bercerita tentang collagen apabila satu emel diterima oleh kawan opis. sebelum aku terima ni aku xheran pasal whatsapp yang diterima promosi collagen mentah ni. Rangkate ape...langsung x pndang..

nak di jadikan cerita..bile aku terima je emel tu..hati terus terpikir..kene cube ni..hehehe...apa salahnyer untuk menjaga kecantikan...siapa yang cantik..A.K.U juga kan.kekekek..perasan la plak aku ni..

selepas dok cite2 dengan member aku..aku ambil la sebungkus, beratnyer 100g dan dijual rm20.. cukup murah untuk aku bagi percubaan kali pertama.. semangat..x sabar nak balik n rendamkan..



ha ni rupenye kollagen yang aku beli tu.WARNA UNGU.. banyak kebaikan yang aku baca dari uncle google..ni adalah antara khasiatnya..jom kite tengok yer..


KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN :

Terkenal untuk kecantikan kulit dan ubat diet 100% semula jadi.

Melancarkan kitaran darah.

Mencantikan kulit agar lebih putih dan tegang.

Melambatkan penuaan dan melangsingkan badan.

Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre iaitu kelenjar thyroid membengkak.

Membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh .

Membantu merawat gastrik.

Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.

Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.

Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Membantu merawat penyakit gout.

Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.

Menguatkan tulang dan sendi.

Meningkatkan sel rawan dan otot.

Merawat penyakit gaut.

Mencegah kanser.

Merawat Anemia.

Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh).

Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).

Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).

Menpercepatkan penyembuhan luka.

Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis).

Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.

Memberi Kekenyangan (diet).

Melancarkan sistem metabolisme.
Memulihara usus kecil (sembelit).

aku pun whatsapp en suami..wah diepun suke dengar..al-maklumlah..kami memang suke bab kesihatan dan kecantikan ni...so ade kawan la aku..macam herbalife juga di cosume seperti aku.. lebih disiplin.. nANTI boleh la aku buat testimoni ok

Friday, February 1

R.E.S.E.P.I N.A.S.I M.I.N.Y.A.K

aku dah janji kan nak update resepi nasi minyak dan ayam masak merah versi aku kan..ok ni die ok..aku buat ikut suke aku je..janji sedap..

nasi minyak



bahan-bahan :-

1. beras
2. minyak sapi
3. bahan penumis (kulit kayu manis,ketumbar,bunga lawang)
4. bawang putih:-dihiris
5.bawang merah:-dihiris
6.halia:- dihiris
7. pewarna yang dibenarkan
8.bawang goreng
9. kismis
10. Kacang Gajus


langkah-langkah

1.  Bawang putih + bawang merah + halia dihiris halus
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi..aku agaknya2 je...ikut hati
3. masukkan bawang yang telah dihiris bersama penumis tadi.
4. Tunggu hingga warna kekuningan.
5. Masukkan garam dan air..biarkan menggelegak
6. Beras di cuci dan masukkan bahan2 yang telah ditumis ke dalam periuk tadi. sukat air mengikut keperluan.
7. Semasa nasi di tanak, aku menggoreng kismis dan kacang gajus.


8. Apabila nasi hampir masak kismis dan kacang gajus dimasukkan. kemudian titiskan sedikit pewarna kuning ikut suke hati..gaulkan..

dah siap dah..

Thursday, January 24

NASI MINYAK AYAM MASAK MERAH

Selamat menyambut maulidur rasul...hari ni aku cuti tp husb aku x cuti...biasa hari cuti mmng aku akn masak..dah ade anak kene masak walaupun kami berdiet...diet diet gak..tapi nasi tetap kene ambil untuk sumber tenaga...
Hari ni menu aku agak simple..nasi minyak ayam masak merah...petang semalam aku tanye kat uncle google resepi nasi minyak sementara mnunggu kawan aku ambil formula 1..tea dan herba aloe..tp semua rsepi yg ku tgk memerlukan bahan yg banyak..so aku call je library bergerak iaitu  bondaku..
Mak bg resepi dan kawan opispun ade bgthu secara lisan..aku x salin..just to save dalam kepala ni..hehehehehe...kalau boleh Ku nak buat yg simple je...tp best dan sedap.aku olah kedua2 resepi tu..aku tmbah salad, gajus, kismis..petang semalam aku whats app husb aku untuk comfirmkan menu hri ni..hehehee..nak msak kene gak tanye selera suami..kang masak tak makn.
.x seronok gak..
Blik kerje terus ke fresco jasin untuk beli ayam dan barang keperluan yang lain..aku membeli yang mane perlu sahaja sebb mengejar mase..kene ambil anak..xnk lambt..kesian kakk aku.

Mula jam 9.30 pagi aku mula la bersilat di dpur...jam 11.45 tghari semu dh siap...lepas masak teringat pulak ade pinggan jiran yang xdipulangkan..so ape lg..ambil kesempatan la...pulangkan segera...heehehe..dapat pujian tau..kembang setaman..kekekeke..pastu aku bg mak dan kakk aku merasa..sebenarnye.ni first time aku masak nasi mnyak..sebelum ni mcm xnak buat je..ye la..husb aku lebh suke makan nasi putih tu..tp memandangkan kakak najiha suke nasi2 spt nsi ayam..nasi jagung n nsi myak..mama masakkan juge..
RESEPI?????..Nanti aku update kat pos akan dtg k..

Wednesday, January 23

P.I.S.A.N.G

ha...korang semua suke makan pisang tak..aku suke makan pisang..kat rumah mak aku dan mak mertua..kedua2nya ade tanam pokok pisang..so aku memang amat jarang membeli buah pisang kerana boleh dapat secara segar dari ladang..

pagi ni aku breakfast mihun goreng + telur mata + smbal sotong...tp sebelum aku telah makn 2 bijik pisang..hehehehe....



Anak2 aku memng suka gak makan pisang..si abg iman pernah tercekik buah pisang 2 mnggu lepas semsa kenduri di rumah jiran...nak gelak pun ade..tp kesian..pstu terus die muntah ape yang dimakan nnyer yang lain...

nak story tentang pisang ni memang banyak...banyak kebaikan dan rase pun sedap..boleh dimakan begitu ajer atau diproses untuk makanan lain..

ade lebihan pisang di rumah aku bawa ke opis..korang nak tahu tak calori bagi pisang ni..aku share kan dari cekodok.com


Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
(sumber daripada wikipedia)