Tuesday, July 16

Ramadhan : Day 6

hari ke 6 puasa. sungguh sibuk di pejabat. nak audit dalam isms dan mengajar rakan sejawat yang baru. alhamdulillah..akhirnya aku dpt seorng lagi dalam team aku.

Puasa juga diteruskan..Masih mengamalkan shake. sgt2 best..aku sahur shake coklat manakala my hubby shake strawberry.. ringkas tapi mengenyangkan. aku juga menceritakan kepada officemate aku. bahawa aku hanya shake je semasa sahur. mereka macam tak percaya. ada yang mengatakan semasa sahur kene makan nasi dan minum air mula..

Berbuka puasa aku mengambil keputusan hanya membeli lauk tetapi dalam kuantiti sikit shaja dan menggunakan khdimat delivery. Jimatkan dari segi tenaga dan masa. Tiba di rumah aku hanya memasak sayur brokoli. Rupa - rupanya anak aku minat makan sayur tersebut. wah lepas ni boleh masak lagi..


Gambar ni hanya hiasan je. sebab tak sempat nak snap gambar dah. sumber daripada google.