Friday, February 1

R.E.S.E.P.I N.A.S.I M.I.N.Y.A.K

aku dah janji kan nak update resepi nasi minyak dan ayam masak merah versi aku kan..ok ni die ok..aku buat ikut suke aku je..janji sedap..

nasi minyak



bahan-bahan :-

1. beras
2. minyak sapi
3. bahan penumis (kulit kayu manis,ketumbar,bunga lawang)
4. bawang putih:-dihiris
5.bawang merah:-dihiris
6.halia:- dihiris
7. pewarna yang dibenarkan
8.bawang goreng
9. kismis
10. Kacang Gajus


langkah-langkah

1.  Bawang putih + bawang merah + halia dihiris halus
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi..aku agaknya2 je...ikut hati
3. masukkan bawang yang telah dihiris bersama penumis tadi.
4. Tunggu hingga warna kekuningan.
5. Masukkan garam dan air..biarkan menggelegak
6. Beras di cuci dan masukkan bahan2 yang telah ditumis ke dalam periuk tadi. sukat air mengikut keperluan.
7. Semasa nasi di tanak, aku menggoreng kismis dan kacang gajus.


8. Apabila nasi hampir masak kismis dan kacang gajus dimasukkan. kemudian titiskan sedikit pewarna kuning ikut suke hati..gaulkan..

dah siap dah..