Wednesday, January 23

P.I.S.A.N.G

ha...korang semua suke makan pisang tak..aku suke makan pisang..kat rumah mak aku dan mak mertua..kedua2nya ade tanam pokok pisang..so aku memang amat jarang membeli buah pisang kerana boleh dapat secara segar dari ladang..

pagi ni aku breakfast mihun goreng + telur mata + smbal sotong...tp sebelum aku telah makn 2 bijik pisang..hehehehe....



Anak2 aku memng suka gak makan pisang..si abg iman pernah tercekik buah pisang 2 mnggu lepas semsa kenduri di rumah jiran...nak gelak pun ade..tp kesian..pstu terus die muntah ape yang dimakan nnyer yang lain...

nak story tentang pisang ni memang banyak...banyak kebaikan dan rase pun sedap..boleh dimakan begitu ajer atau diproses untuk makanan lain..

ade lebihan pisang di rumah aku bawa ke opis..korang nak tahu tak calori bagi pisang ni..aku share kan dari cekodok.com


Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:
  1. Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)
(sumber daripada wikipedia)