Tuesday, January 22

DURIAN OH..DURIAN


D.U.R.I.A.N memang tak asing lagi pada kite kan..tipu la kalau aku kata aku tak suke durian..tapi...bukan aku jer tau....termasuklah husband, kakak najiha,abg iman dan anak aku yang no 3 ni umur 6 bulan...kami semua memang pemakan durian..bukan setakat sebiji...10 bijik pun boleh habis kot..tapi aku tahu dalam menjaga kesihatan dan semenjak mengamalkan herbalife ni banyak perkara yang kau pelajari..  D.U.R.I.A.N merangkap Raja BUAH ni adalah buah yang mempunyai kalori tinggi. so kalau sesiapa yang berdiet seperti aku tak digalakkan untuk mengambil buah ni..

aku tak boleh tipu diri aku..so aku makan tetapi dalam kuantiti yang kecil..lepas makan cepat2 bilas dengan teamix ngan mnum air sebanyak mungkin.. anak - anak aku memng penggemar durian.. abg iman makan sehingga kenyang.. aku memang tak pantangkan anak aku. so aku suh er diorng belasah durian tu.. kakak pulak makan jer..tapi kalau durian yang tak best die xnak..si adik plak lain ragamnyer..dok capai2 tangan mamanyer..bile tak dapat ape lagi..nangisla...kalau nurse tahu ni habis la aku..budak kecik takleh makan durian katenyer..

aku ade buat ade baca tentang durian dan terjumppe 10 fakta menarik mengenai durian.. aku baca fakta ni kat blog kelvinzahri.


10 Fakta Menarik Buah Durian

1. Tinggi Kalori? Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Tahukah anda bahawa seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. 

2.Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan. 

3. Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus 

4. Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat) 

5. Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda. 

6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi. 

7. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan :) 

8. Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa

9. Kurangkan stress? Bergantunglah kot tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.

10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah terus sangat.

Nilai kalori bagi durian..Aku search kat cekodok.com


Persoalan boleh ke makan durian??tinggi tak tahap kolsetrol???? dah terjawab..so korang pk la sendiri..nak makan atau tinggalkan terus..hehehe...