Thursday, July 11

Ramadhan: DAY 1

Untuk ramadhan tahun 2013..Ku berpuasa dengan shake herbalife..seperti biasa aku bangun bagi..minum aloe 400ml, teamix 400ml, dan shake 400ml. Jika tiada aloe aku gantikan dengan air masak 400ml sahaja..ok kekawan..kalau xde aloe boleh ganti dengan 400ml air kosong.

Aku bangun kul 4.30 pagi..so sempatla shake dan minum air setakat yang mampu..yang paling best aku dan suami bersahur dengan shake. Langkah yang sangat mudah. Pagi ni aku shake strawberry + kurma +nestum+anggur..gambar??? Tak sempat nak snap..resepi???..nanti aku sharekan resepi yer.. Semudah 1 2 3..dah complete. Mudah juga pada aku sebab tak perlu masak bagai. Alhamdulillah..syukur kepadaMu.

Walaupun puasa aku tetap kene masak. Almaklumlah..anak anak kene makan juga..so menu paling simple aku buat ialah telur dadar n kicap..wow semangat anak aku makan..

Kul 2 aku masak untuk bekalan buka puasa husb di tempat  kerja. Menu aku adalah sotong goreng tomyam dan telur dadar. Lagi lagi telur ek.. Tu je yg mampu aku buat..hehehe..xpe asalkan air tangan isteri kan.