Saturday, August 8

.........Putri Sulong Ku........


Jam 2pagi, air mertuban telah mula keluar. Aku sangkakan itu hanya air biasa. Aku mengejutkan suami ku yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku tidak merasa sakit.Namun begitu aku tidak boleh tidur. Menyesal aku tidak ikut kata suami ku. Aku hanya mendiamkan diri.

Tepat jam 7 pagi aku bangun menyediakan sarapan pagi. Pada pagi itu, aku masih sempat menggoreng nasi. Setelah bersiap dan bersarapan pagi, aku, suami, ibu mertua dan kakak ipar ku ke Hospital Besar Melaka. Setelah diperiksa oleh doktor, aku dikehendakki menunggu kerana level room tiada yang kosong. Pada masa tu baru rasa sakit tiba. Sepanjang masa menunggu, aku dapat melihat kerisauan di wajah suamiku. Mana taknye....die lansung tak menyentuh nasi walaupun dah waktu makan tengahhari.

Jam 2 ptg aku dimasukkan ke level room. Aku diberi ubat untuk memberi gese bersalin. Seorang jururawat berbangsa india setia menemanku. Aku disuruh menarik nafas sedalam dalamnya kemudian lepas. menurutnya ia boleh melegakan sikit rasa sakit ku.Ini kerana ubat yang diberi mula menunjukkan kesan. Alhamdulillah, syukur aku kepada Tuhan yang telah mengizinkan cahaya mata ku melihat dunia yang penuh dengan ciptaannya.

Pada 29 april 2009 , jam 6.24 petang aku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.0kg. Aku berasa bangga kerana aku telah benar - benar menjadi seorang ibu.

OHH IBU... Kini, baru aku mengerti perasaan seorang ibu. Kalau dulu aku hanya mendengar tetapi kini baru lah aku merasainya, melaluinya.....Tanggal 29 April 2009 bermula la sejarah baru dalam kehidupan aku bersama suami. Kami telah dikurniakan putri sulong yang diberi nama Nurnajiha Binti Abdul Rahman.