B.e.r.m.U.L.a.n.y.A H.i.d.U.p.k.U.
Tuesday, July 16
Ramadhan : Day 6
Puasa juga diteruskan..Masih mengamalkan shake. sgt2 best..aku sahur shake coklat manakala my hubby shake strawberry.. ringkas tapi mengenyangkan. aku juga menceritakan kepada officemate aku. bahawa aku hanya shake je semasa sahur. mereka macam tak percaya. ada yang mengatakan semasa sahur kene makan nasi dan minum air mula..
Berbuka puasa aku mengambil keputusan hanya membeli lauk tetapi dalam kuantiti sikit shaja dan menggunakan khdimat delivery. Jimatkan dari segi tenaga dan masa. Tiba di rumah aku hanya memasak sayur brokoli. Rupa - rupanya anak aku minat makan sayur tersebut. wah lepas ni boleh masak lagi..
Gambar ni hanya hiasan je. sebab tak sempat nak snap gambar dah. sumber daripada google.
Monday, July 15
Ramadhan : Day 4 & 5
Suke dapat berbuka dengan anak2 dan suami. tengok telatah anak-anak. pada waktu berbuka aku mengambil shake dahulu. serius memang rasa kenyang dan korang takkan melantak banyak - banyak seperti tahun2 dulu waktu berbuka. itu yang aku perasan dan suka.
Puasa ke 4 adalah hari pertama aku berbuka dengan suami dan berbuka di rumah kawannya dengan tak dijangka. so aku kene makan dahulu. tapi korang nak tahu tak..aku tak boleh makan banyak walaupun tak ambil shake ketika berbuka.hahahahha
Wife kawan husbang menegur aku kerana terlalu kurus. Pada aku tak la kurus mana. mungkin sebab shapping. hehehehe..
Hari ke 5 puasa aku mula shake semula.. berbuka dengan anak2..sungguh meriah..
Saturday, July 13
Ramadhan :Day 3
Hari ke 3 berpuasa sungguh cepat berlalu yer..seperti biasa aku akan bersahur dengan shake.. Alhamdulillah bertenaga sehingga ke petang..
Hari ni kerje seperti biasa.. Aku terlupa ada bengkel ISP. Kalau boleh memang tak nak join sebab kekangan kerja yang ada.. di sebabkan rasa tanggungjawab ku gagahkan jua.. ayat tu...
Hari ni hari jumaat aku balik tuk memasak hidangan berbuka puasa bagi bekalan ke tempat kerja. Hari ni aku just masak ikan masak asam pedas bersama bendi.
Nanti aku sharekan resepi.ok..
Thursday, July 11
Ramadhan : Day 2
Hari kedua di bulan ramadhan..Alhamdulillah..kesihatan yang baik. Dapat menunaikan ibadah puasa dengan bertenaga.
Pagi ni aku bersahur tanpa en suami..kene keje mlm..jd aku sorang je..pg ni aku sahur dengan shake strawberry carrot + kurma. .sungguh enak..bestnyer...
Resepi strawberry carrot + kurma
Bahan2
Plain water 400ml
2scoope Formula 1 strawberry
1scoope formula3
3 bji kurma
Sebiji carrot
3 4 ketul kiub ais
Cara Penyediaan
Masukkan kesemua bahana ke dalam blender
Blend selama 1 minit
Sedia dinikmati
HEBATTTTT
Waktu berbuka puasa aku hanya amik shake n taufu fa je..selera aku tetiba hilang..
Ramadhan: DAY 1
Untuk ramadhan tahun 2013..Ku berpuasa dengan shake herbalife..seperti biasa aku bangun bagi..minum aloe 400ml, teamix 400ml, dan shake 400ml. Jika tiada aloe aku gantikan dengan air masak 400ml sahaja..ok kekawan..kalau xde aloe boleh ganti dengan 400ml air kosong.
Aku bangun kul 4.30 pagi..so sempatla shake dan minum air setakat yang mampu..yang paling best aku dan suami bersahur dengan shake. Langkah yang sangat mudah. Pagi ni aku shake strawberry + kurma +nestum+anggur..gambar??? Tak sempat nak snap..resepi???..nanti aku sharekan resepi yer.. Semudah 1 2 3..dah complete. Mudah juga pada aku sebab tak perlu masak bagai. Alhamdulillah..syukur kepadaMu.
Walaupun puasa aku tetap kene masak. Almaklumlah..anak anak kene makan juga..so menu paling simple aku buat ialah telur dadar n kicap..wow semangat anak aku makan..
Kul 2 aku masak untuk bekalan buka puasa husb di tempat kerja. Menu aku adalah sotong goreng tomyam dan telur dadar. Lagi lagi telur ek.. Tu je yg mampu aku buat..hehehe..xpe asalkan air tangan isteri kan.
Thursday, July 4
RESEPI : JACK FRUIT STRAWBERRY SHAKE
apabila ada buah - buahan yang berbaki ni aku rajin untuk buat pelbagai resepi shake herbalife...AKu nak sharekan resepinya:-
Bahan2:-
11/2ulas nangka
100ml susu hl strawberry
200ml plain water
2scoope f1 vanilla
1scoope f3
3-4 ketul kiub ais
Caranya masukkan semua bahan2 tu ke dalam shake n take..kemudian blend dlm tempoh 1minit...
JOM TRY..
Nilai kalori nangka ni adalah bersamaan (4bj)-kalori 92.7. SUmber yang aku dapat adalah dari blog ini http://www.izalin.com/blog/info-makanan/info-kalori-makanan/kalori-buah-buahan/
Tuesday, July 2
RESEPI SHAKE HERBALIFE
hari ni..aku nak share lagi..resepi shake..
1. Shake capucino + coklat
bahan:-
100ml susu hl perisa coklat
200ml air kosong
2scoope formula 1 capuccino
1scoope Formula 3
3-4 ketul ais
cara-caranya:-
campurkan semua bahan2 tersebut kemudian blend..
2. Shake Strawberry
Bahan:-
100ml susu hl perisa Strawberry
200ml air kosong
2scoope formula 1Strawberry
1scoope Formula 3
4 biji buah Strawberry
3-4 ketul ais
cara-caranya:-
campurkan semua bahan2 tersebut kemudian blend..
Kalau korang nak tahu aku dapat buah strawberry tu dari Cameron..Best sgt...Gambar plak tak sempat Snap..sebb sedap sgt dan anak anak x sabar nak shake..so terpaksa masuk cawan..hehhehehe..Next time akan di snap gambar..